PENDIDIKAN

Mengenal Al-Quran [Ta'riful Quran]

Sumber ilmu terpenting bagi umat Islam adalah Al-Quran. Kcmerlangan tidak dapat dipisahkan daripada Al-Quran kerana Al-Quran adalah pertunjuk. Tanpa petunjuk, manusia akan sesat dan terbabas. Allah Swt menjelaskan dalam Surah Al-isra' ayat 9 yg bermaksud,

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus (aqwam) dan memberi kabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar." (17:9)

Al-Quran sebagai Peta
Peta yang umat Islam perlukan adalah Al-Quran kerana ia adalah peta lengkap lagi selamat. Tidak dapat sebarang cacat di dalamnya. Allah menyatakan dalam Surah Al-Kahfi ayat 1 yang bermaksud,

"Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran) kepada hamba-Nya dan dia tidak menjadikannya bengkok" (18:1)

Bengkok disini mengikut para mufassirin (ahli tafsir) adalah 'tidak ada di dalam Al-Quran makna yang berlawanan dan tidak ada penyimpangan dari kebenaran'.
Bagi memahami peta ini, umat Islam perlu membaca dan memahami isi-isi Al-Quran. Dalam Surah An-Nisa' ayat 82, Allah menyatakan yang bermaksud,

"Apakah mereka tidak tadabbur Al-Quran? Sekiranya Al-Quran itu bukan dari sisi Allah tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak di dalamnya". (4:82)

Tadabbur di sini bermaksud....???? find out cek

Pada hari ini, sebahagian besar umat Islam menjadikan Al-Quran sebagai 'kitab berkat'. Mereka hanya membaca Al-Quran bagi mendapat berkat, tidak lebih daripada itu. Sikap seperti ini ditegur Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 121,

"Dan mereka yang telah Kami berikan Kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengannya. Barangsiapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah orang-orang yang rugi." (2:121).

Berhubung dengan kalimat 'membaca kitab dengan bacaan yang sebenarnya', sahabat Abdullah bin Mas'ud berkata, "Demi Allah, maksud membaca kitab dengan bacaan yang sebenarnya ialah menghalalkan apa yang dihalalkannya, mengharamkan apa yang diharamkannya, membaca sepertimana ia diturunkan Allah, tidak mengubah kalam Allah dari tempatnya dan tidak mentakwilkan secara tidak betul." Perkara ini disebutkan di dalam Al-Asas Fit tafsir oleh Said Hawa.

Antara sebab yang menghalang atau menghijabkan hati individu daripada memahami Al-Quran adalah:
1. Terlampau memberi tumpuan pada huruf, sebutan dan makhraj.
2. Fanatik terhadap suatu pegangan dan pendapat yang pernah didengarnya sehingga tertutup hatinya daripada kefahaman yang lebih mendalam berkenaan Al-Quran.
3. Kekal berada dalam dosa sehingga hatinya menjadi gelap dan berkarat.

Perkara ini disebutkan oleh Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin

Mudah-mudahan para pembaca dapat mengambil manfaat dari tulisan ini dengan memahami definisi Al-Quran dan mengenal keutamaannya berdasarkan definisi tersebut. Semoga kita sentiasa termotivasi untuk membaca Al-Quran dalam rangka beribadah kepada Allah SWT.

"Ya Allah, dengan Al-Quran, kurniakanlah kasih sayang-Mu kepada kami. Jadikan Al-Quran sebagai imam, cahaya, hidayah, dan sumber rahmat bagi kami"..Amiin

0 comments:

Post a Comment